Saturday, January 29, 2011

Siapa Pakcik Aal?

Salam 1 Malaysia dan salam pengenalan dari Uncle Aal Picture.
Terlebih dahulu ingin uncle memperkenalkan diri uncle kepada anda. Tentu rata-rata anda semua tertanya-tanya dibenak fikiran masing-masing kenapa "UNCLE AAL" wujud & dari mana beliau datang? Uncle Aal merupakan anak ke empat dari enam beradik kepada pasangan ayahanda & bonda En. Lokman Bin Hj Md Yusoof dan Pn. Siti Rohanom Bte Hj Dollah Kamari.Uncle Aal di lahir dan di besarkan di sebuah negeri maju dan merupakan anak jati bandaraya Shah Alam. Gelaran Uncle diterima dan diguna pakai adalah kerana pangilan anak buah kepada uncle dengan gelaran "PAKCIK / UNCLE". AAL pula adalah pangkalan daripada nama penuh uncle yang diberikan oleh kedua orang tua uncle iaitu Ahmad Aqbal Bin Lokman. Jadi dari setiap pangkal  nama itulah terbentuk dan terjadinya AAL. Oleh sebab yang demikian uncle lebih selesa dengan nama samaran ini. Kini anda semua telah tahu kenapa dan dari mana Uncle Aal datang. Tapi uncle tidak kisah jika anda nak panggil uncle dengan pangilan nama penuh uncle mahupun uncle aal sahaja kerana kedua-duanya adalah orang yang sama dan identiti yang sama sahaja.